Sinopsis Masih Ada Rindu

Nurul Syafika (Mimi Lana) mendirikan rumahtangga bersama Luqman Hakim (Farid Kamil) walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha (Kuna Muzani). Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua.

Kelahiran anaknya, Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi (Farid Kamil) yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam.

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.